itsAllAboutLivingMyth&HealthProducts

Thursday 21 January 2016

Bioteknologi*Bionexus - apa kaitannya dengan Dara Harumi?

Selalu Dengar Bioteknologi, tapi apa kebaikannya pada kita?

Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi selalu digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian.
Bermula dari tahun tersebut ia banyak digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti penggabungan semula DNA atau proses berasaskan pengkulturan tisu.
Dalam bahasa mudah, suatu proses atau kaedah tradisional di tambahbaik menggunakan kaedah saintifik bagi menghasilkan sesuatu yang lebih tepat atau standard.

Bioteknologi Malaysia dikawalselia oleh  Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) yang kini dilihat sebagai tunjang membangunkan bioteknologi Malaysia.

Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan milik penuh Kementerian Kewangan. Perkembangan bioteknologi Malaysia sejak ia ditubuhkan amat memberangsangkan, sehingga November 2015 didapati hampir 250 buah syarikat telah memperolehi status Bionexus.
Kebanyakan syarikat ini yang banyak memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan penjagaan kesihatan turut mendapat kerjasama serta keyakinan syarikat antarabangsa.

Syarikat berstatus BioNexus adalah syarikat-syarikat bioteknologi yang telah dikenal pasti oleh BiotecCorp. sebagai berdaya maju. Justeru, ia diberi sokongan di segi pelaburan, bantuan modal, penyelidikan dan sebagainya.


Apakah itu BioNexus?
BioNexus Status ialah satu gelaran yang dianugerahi kepada syarikat-syarikat bioteknologi yang berkelayakan, membuatkan mereka layak untuk mendapat keistimewaan-keistimewaan yang terkandung di dalam BioNexus Bill of Guarantees

Apakah keistimewaan-keistimewaan yang terkandung di dalam BioNexus Bill of Guarantees?
Kebebasan pemilikan
Kebebasan pada sumber dana secara global
Kebebasan membawa pekerja yang berilmu dan bermaklumat
Kelayakan untuk menerima bantuan piawaian dan akredetasi antarabangsa
Pengurusan mantap tentang Harta Intelektual(IP)
Capaian untuk pusat kecemerlangan dan penyelidikan rangkaian pautan maklumat sokongan
Kelayakan untuk insentif-insentif kompetitif dan bantuan lain
Capaian untuk berkongsi makmal-makmal dan kemudahan yang berkaitan
Dalam erti kata lain Syarikat berstatus Bionexus mempunyai standard pengeluaran produk bertaraf antarabangsa.

Dapatkan Feminine Wash Dara Harumi dengan Whatsapp kepada 018-4741823  . Penghantaran Segera melalui POSLAJU.



No comments:

Post a Comment